Kampung Baru Penambang, dulunya
dikenali sebagai Bagan Pasir Penambang. Kampung ini wujud
sejak lebih 100 tahun yang lalu. Ketika itu, hanya tedapat 7
- 8 buah rumah di tepi Sungai Selangor. Panghuninya
kesemuanya kaum Cina yang berhijrah dari Negara China.
Meraka bekerja sebagai nelayan untuk menyara hidup.
Kampung Baru Penambang ialah
perkampungan nelayan yang meliputi keluasan sekitar 6 ekar
(2.43 hektar).
Jenis hak milik tanah kediaman penduduk di kampung ini terbahagi kepada 5 jenis, iaitu pegangan kekal, pajakan 99 tahun , Lesen Menduduki Sementara, tanah hak milik individu lain dan tanah kerajaan.
Kampung ini walaupun mempunyai pelbagai kemudahan asas, namun masih banyak kemudahan lain belum disediakan. Kemudahan asas yang tersedia di kampung ini termasuk jalanraya, bekalan air, bekalan api, telefon sendiri, pasar, dan kuil. Tetepi, kemudahan yang belum ada termasuk balai raya, sekolah dan klinik.
Majoriti penduduk di kampung ini ialah nelayan, iaitu industri yang berkaitan dengan perikanan.